GENMUSLIM.id - Khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW, yang dikenal juga sebagai Khutbah Wada' (Khutbah Perpisahan),
Disampaikan pada 9 Dzulhijjah 10 H di Lembah Uranah, Gunung Arafah, saat Haji Wada.
Khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW ini merupakan pesan terakhir yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umat Islam,
Dan mengandung berbagai nasihat penting serta penegasan mengenai prinsip-prinsip dasar Islam.
Dilansir GENMUSLIM dari TikTok @allrandomm_ pada Kamis, 19 September 2024, inilah teks khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW untuk para umat manusia.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci.
Kembalikan harta yang diamanakan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu.